InsyaAllah.. dalam sesi comeback ini.. saya cuba memuatkan beberapa persoalan yang pernah diutarakan oleh para pelajar berkaitan Fiqh Wanita : Haid dan Istihadah.. Di samping itu, saya cuba mencedok dan mengepost beberapa artikel berkaitan daripada buku-buku / kitab fiqh yang bersesuaian.. untuk sama-sama kita berkongsi ilmu Ilahi.. Sekiranya ada sebarang percanggahan hujah, diharap dapat diperbetulkan dengan penuh hikmah..
Soalan 001 :
Nyonya MansorUstaz.. saya telah suci daripada period pada hari yang ke-7, namun pada hari yang ke-10 terdapat tanda-tanda yang seakan-seakan darah haid (warna perang).
Untuk makluman ustaz, pada hari yang ke-8 dan ke-9 saya telah mandi wajib dan seterusnya solat seperti biasa..
Soalan 1 : bagaimana status period saya ?
Soalan 2 : apakah status solat saya pada 2 hari (ke-8 & ke-9) ?
Jawapan :
Bagi menjawab soalan ini, kita perlu berbalik kepada standard asas tempoh period seseorang wanita.
Minimum : sehari semalam
Standard : 6-7 hari
Maksima : 15 hari, 15 malam
Dalam kes di atas, cuba kita lihat semula kronologi period Nyonya Mansor pada bulan tersebut :
7 hari period + 3 hari "suci" = 10 hari (belum cukup tempoh maksima period..)
Jadi, kesemua 10 hari tersebut dianggap sebagai masih period walaupun tiada darah yang keluar.
Solat pada hari ke-8 dan ke-9 tersebut tidak sah. Sekiranya Nyonya Mansor ada melakukan puasa Qadha (ganti) pada hari tersebut, puasa itu juga tidak sah dan perlu digantikan semula pada hari lain.
Wallahu A'lam..