18 August 2010

A2001 : Hierarki Hadhanah @ Nafakah

Salam all.. ustazhus cuba sediakan carta hierarki individu yang layak menjaga anak yang belum mumayyiz selepas berlaku sesuatu perceraian..
Hopefully.. sedikit membantu kumpulan yang bakal / sedang present tajuk berkenaan..

15 August 2010

Presentation Pengurusan Jenazah A2001 : Pendidikan Islam 2

Berikut disenaraikan koleksi gambar aktiviti pembentangan tugasan Pengurusan Jenazah bagi Kursus A2001 : Pendidikan Islam 2, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Diharap dengan gambar-gambar ini, dapat memberi sedikit info kepada semua pelawat..















12 August 2010

HELAH BELA DIRI

HELAH BELA DIRI Merupakan proses psikologi bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ia juga boleh diibaratkan sebagai membohongi diri untuk berhadapan dengan realiti. Manusia menggunakan helah bela diri untuk melindungi dirinya apabila berada dalam keadaan terancam. Antara strategi yang digunakan untuk helah bela diri ialah: PENYANGKALAN Merupakan penafian atau penolakan tentang realiti. Sesuatu peristiwa yang traumatik yang tidak tertanggung oleh fikiran dan perasaan. Contohnya seseorang yang tidak dapat menerima berita kematian orang yang penting di dalam hidupnya. REAKSI FORMASI Mempertahankan diri dari satu ancaman dengan menunjukkan reaksi yang bertentangan. Contohnya seorang yang selalu makan rasuah sering bercakap tentang gejala rasuah. PENYALURAN Melepaskan desakan-desakan kepada sasaran lain yang lebih selamat. Contohnya kemahiran terhadap ketua jabatan di pejabat dilepaskan kepada anak-anaknya di rumah. RASIONALISASI Memberi alasan-alasan terhadap kegagalan. Contohnya, seorang murid yang gagal dalam peperiksaan menyalahkan gurunya yang sering tidak masuk kelas sedangkan dirinya sendiri tidak mampu menguasai pelajaran yang diajar oleh guru tersebut. REPRESI Menyingkirkan semua pemikiran dan perasaan yang mengancam dari alam sedar. Kebanyakan pengalaman yang menyakitkan pada 5 tahun pertama kehidupannya telah terpendam di alam bawah sedar. Contohnya rasa marah dan kebencian yang tidak boleh dijelaskan dan dinyatakan sebab-sebabnya. PROJEKSI Membalikkan desakan dan keinginan yang tidak dapat diterima oleh dirinya sendiri dengan cara meletakkan kesalahan kepada orang lain bukan pada diri sendiri. Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran maka orang lainlah yang menjadi puncanya walhal dialah yang memulakannya. SUBLIMASI Satu cara untuk melepaskan tenaga di khalayak ramai dengan cara yang dapat diterima. Contohnya, seseorang yang berjaya di dalam sesuatu bidang adalah disebabkan melarikan diri dari tenaga yang boleh memalukannya seperti agresif atau keinginan seksual yang keterlaluan. INTROJEKSI Mengambil ciri-ciri atau nilai orang lain menjadi dirinya. Contohnya, seorang yang sering meniru gaya seseorang yang terkenal dan akhirnya menjadi sebahagian dari dirinya. PAMPASAN Usaha untuk mengimbangkan sesuatu kelemahan dengan cara mencari pampasan atau kekuatan lain. Contohnya, seorang yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik mencari pekerjaan yang tidak memerlukan komunikasi yang banyak. REGRESI Sorot kembali kepada peringkat perkembangan yang lebih awal untuk rasa selamat. Contohnya, seorang dewasa yang menangis seperti kanak-kanak disebabkan ketakutan kehilangan sesuatu.

05 August 2010

Tips Komputer : Kedudukan Jari Semasa Menaip

Ramai di kalangan kita yang masih menaip menggunakan 1@2 jari.. atau bagi mereka yang lebih advance, menggunakan 4 @ 5 jari.. dan lazimnya kita akan teraba-raba mencari kedudukan huruf (aksara) pada keyboard untuk ditekan.
Untuk Tips Komputer kali ini, saya cuba bawakan teknik menaip gaya setiausaha (menaip menggunakan 10 jari) :Kedudukan Jari Semasa Menaip..



Ianya perlukan sedikit latihan untuk memahirkan jari vs otak dalam menentukan pemilihan huruf untuk ditekan..

Percayalah, selepas anda mahir sepenuhnya dengan kaedah menaip menggunakan sepuluh jari ini, pasti anda mampu menaip tanpa melihat skrin / desktop... :]

30 July 2010

Softskills : BAHASA TUBUH - Siri 2

Berikut adalah sebahagian daripada bahasa tubuh


MATA

Bola mata berair
-perasaannya bermain

Tidak berkelip
-dibuai bayangan lalu

Pandang lantai
-berfikir

Pandang dinding
-dibuai bayangan lalu

Kerap berkelip
-sedang sensitif

Pejam mata
-tahan emosi

Beliak mata
-marah

Kesat mata
-sebak

15 April 2010

Isu Kosmetik Ada Alkohol ?

Fatwa: Penjelasan Halal dan Haram Alkohol
Fatwa Majma' Al-Fiqh

Soalan:

Bolehkah dijelaskan atau diterangkan bagi makluman dan pengetahuan saya keputusan majlis fatwa kebangsaan mengenai alkohol?


Jawapan:

Saya perturunkan dibawah ini keputusan majlis fatwa kebangsaan mengenai alkohol pada 11 & 12 april 1984.

1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol, bukan semua alkohol itu dari arak, alkohol dari proses perbuatan arak hukumnya haram dan najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses perbuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samaada mengandungi sedikit alkohol, atau alkoholnya disulingkan adalah haram meminumnya.
3. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
4. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses perbuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
5. Ubatan, dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.


Negara asal : Malaysia
Negeri : Melaka
Badan yang mengisu fatwa : Pejabat Mufti Negeri Melaka

Tarikh Diisu : 1989

17 February 2010

Pelajaran Bahasa Tamil versi Ustazhus :)

Jom kita sama2 berkongsi basic bahasa tamil yang di melayukan pronounciation dia.. kepada team tamil tolong tegur kalu sesat, ye... :)

Angka..

1.Wunnet
2.Rendet
3.Munet
4.Nalek
5.Anjik
6.Aaret
7.Yelek
8.Yettek
9.Ombudit
10.Pattet

Wanggey Sapret
- Jom makan ..

Sau ri maa ?
- How are you ?

Nalareketaq..
- I'm Fine... ok je...

Yippedi ?
- How / Bagaimana

Yeeppo ?
- When / Bila

Yaaa.. ?
- Why / Kenapa ?

Ying gey ?
- Where / Di mana ?

Pe ri na..
- Nama..

Wai sey ?
- Umur

..........................