tatkala keyboard mula berbicara.. cicipan mouse bersahut-sahutan.. manusia mula berfikir.. mendambakan sesuatu dari hati yang luhur.. menulis sesuatu yang tidak bisa dilafazkan.. melakar baris kata tanpa suara.. mencerna bingkisan buat pedoman.. insan terbilang.. - ustazhus
18 August 2010
ICT Review : Keyboard Shortcuts : [Control]
Dalam sesi ICT Review kali ni, ust cuba bawakan sebahagian shortcuts menggunakan keyboard QWERTY.. insyaAllah... secara peribadi, ia amat membantu dalam proses kita menggunakan aplikasi windows @ office khususnya Word..
A2001 : Hierarki Hadhanah @ Nafakah
15 August 2010
Presentation Pengurusan Jenazah A2001 : Pendidikan Islam 2
12 August 2010
HELAH BELA DIRI
HELAH BELA DIRI
Merupakan proses psikologi bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ia juga boleh diibaratkan sebagai membohongi diri untuk berhadapan dengan realiti. Manusia menggunakan helah bela diri untuk melindungi dirinya apabila berada dalam keadaan terancam. Antara strategi yang digunakan untuk helah bela diri ialah:
PENYANGKALAN
Merupakan penafian atau penolakan tentang realiti. Sesuatu peristiwa yang traumatik yang tidak tertanggung oleh fikiran dan perasaan. Contohnya seseorang yang tidak dapat menerima berita kematian orang yang penting di dalam hidupnya.
REAKSI FORMASI
Mempertahankan diri dari satu ancaman dengan menunjukkan reaksi yang bertentangan. Contohnya seorang yang selalu makan rasuah sering bercakap tentang gejala rasuah.
PENYALURAN
Melepaskan desakan-desakan kepada sasaran lain yang lebih selamat. Contohnya kemahiran terhadap ketua jabatan di pejabat dilepaskan kepada anak-anaknya di rumah.
RASIONALISASI
Memberi alasan-alasan terhadap kegagalan. Contohnya, seorang murid yang gagal dalam peperiksaan menyalahkan gurunya yang sering tidak masuk kelas sedangkan dirinya sendiri tidak mampu menguasai pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.
REPRESI
Menyingkirkan semua pemikiran dan perasaan yang mengancam dari alam sedar. Kebanyakan pengalaman yang menyakitkan pada 5 tahun pertama kehidupannya telah terpendam di alam bawah sedar. Contohnya rasa marah dan kebencian yang tidak boleh dijelaskan dan dinyatakan sebab-sebabnya.
PROJEKSI
Membalikkan desakan dan keinginan yang tidak dapat diterima oleh dirinya sendiri dengan cara meletakkan kesalahan kepada orang lain bukan pada diri sendiri. Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran maka orang lainlah yang menjadi puncanya walhal dialah yang memulakannya.
SUBLIMASI
Satu cara untuk melepaskan tenaga di khalayak ramai dengan cara yang dapat diterima. Contohnya, seseorang yang berjaya di dalam sesuatu bidang adalah disebabkan melarikan diri dari tenaga yang boleh memalukannya seperti agresif atau keinginan seksual yang keterlaluan.
INTROJEKSI
Mengambil ciri-ciri atau nilai orang lain menjadi dirinya. Contohnya, seorang yang sering meniru gaya seseorang yang terkenal dan akhirnya menjadi sebahagian dari dirinya.
PAMPASAN
Usaha untuk mengimbangkan sesuatu kelemahan dengan cara mencari pampasan atau kekuatan lain. Contohnya, seorang yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik mencari pekerjaan yang tidak memerlukan komunikasi yang banyak.
REGRESI
Sorot kembali kepada peringkat perkembangan yang lebih awal untuk rasa selamat. Contohnya, seorang dewasa yang menangis seperti kanak-kanak disebabkan ketakutan kehilangan sesuatu.
05 August 2010
Tips Komputer : Kedudukan Jari Semasa Menaip
Ramai di kalangan kita yang masih menaip menggunakan 1@2 jari.. atau bagi mereka yang lebih advance, menggunakan 4 @ 5 jari.. dan lazimnya kita akan teraba-raba mencari kedudukan huruf (aksara) pada keyboard untuk ditekan.
Untuk Tips Komputer kali ini, saya cuba bawakan teknik menaip gaya setiausaha (menaip menggunakan 10 jari) :Kedudukan Jari Semasa Menaip..

Ianya perlukan sedikit latihan untuk memahirkan jari vs otak dalam menentukan pemilihan huruf untuk ditekan..
Percayalah, selepas anda mahir sepenuhnya dengan kaedah menaip menggunakan sepuluh jari ini, pasti anda mampu menaip tanpa melihat skrin / desktop... :]

30 July 2010
Softskills : BAHASA TUBUH - Siri 2
Berikut adalah sebahagian daripada bahasa tubuh
MATA
Bola mata berair
-perasaannya bermain
Tidak berkelip
-dibuai bayangan lalu
Pandang lantai
-berfikir
Pandang dinding
-dibuai bayangan lalu
Kerap berkelip
-sedang sensitif
Pejam mata
-tahan emosi
Beliak mata
-marah
Kesat mata
-sebak
MATA
Bola mata berair
-perasaannya bermain
Tidak berkelip
-dibuai bayangan lalu
Pandang lantai
-berfikir
Pandang dinding
-dibuai bayangan lalu
Kerap berkelip
-sedang sensitif
Pejam mata
-tahan emosi
Beliak mata
-marah
Kesat mata
-sebak
15 April 2010
Isu Kosmetik Ada Alkohol ?
Fatwa: Penjelasan Halal dan Haram Alkohol
Fatwa Majma' Al-Fiqh
Soalan:
Bolehkah dijelaskan atau diterangkan bagi makluman dan pengetahuan saya keputusan majlis fatwa kebangsaan mengenai alkohol?
Jawapan:
Saya perturunkan dibawah ini keputusan majlis fatwa kebangsaan mengenai alkohol pada 11 & 12 april 1984.
1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol, bukan semua alkohol itu dari arak, alkohol dari proses perbuatan arak hukumnya haram dan najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses perbuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samaada mengandungi sedikit alkohol, atau alkoholnya disulingkan adalah haram meminumnya.
3. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
4. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses perbuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
5. Ubatan, dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Melaka
Badan yang mengisu fatwa : Pejabat Mufti Negeri Melaka
Tarikh Diisu : 1989

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Di sini saya cuba bawakan beberapa koleksi yang sempat dikutip sambil2 jd bodyguard escort wife ke kedai kain last week.. Aduhai.. Makin har...
-
Jom kita sama2 berkongsi basic bahasa tamil yang di melayukan pronounciation dia.. kepada team tamil tolong tegur kalu sesat, ye... :) Angka...
-
Aduhai anak sulung sorang ni.. Orang suruh nak keta.. dia panjat terus.. Risau ni.. baru 1 tahun 3 bulan.. ganaz semacam je.. bapak dia sopa...