16 August 2009

Aksi Bakal Stuntman yang Menggusarkan Hati Mak Bapak




Aduhai anak sulung sorang ni..
Orang suruh nak keta.. dia panjat terus..
Risau ni.. baru 1 tahun 3 bulan.. ganaz semacam je.. bapak dia sopan je :) uhuks..

Transformer Buldozer




Ajaib.. buat yang pertama kali nampak..
Ganaz.. buat yang tertarik pada keganasan..

Apa yang pasti.. scene ini sempat saya snap waktu kerja-kerja penurapan tembok bawah HEP tempoh hari.. Mujur sempat snap.. Jarang-jarang boleh dapat ni.. :)

10 August 2009

Anak ku demam n selsema ?

2 hari kat kampung.. balik je kat poli.. tetiba je.. anak n wife aku demam + selsema..
bahaya ni.. takkan H1N1 kot.. Influenza...

suspend je...
pagi tadi aku bawak g klinik, 2-2 kena check..

08 August 2009

Jamuan Fasilitator PKM sesi Julai 09

InsyaAllah.. pada hari Selasa malam Rabu (11 Ogos 2009) nanti akan di adakan sedikit jamuan penghargaan kepada semua FC yang terlibat sepanjang PKM yang lalu..

Kepada semua Fasilitator.. anda dijemput..
kepada yang lain-lain.. dijemput amik bau udah la..

tata..

07 August 2009

Alahai rindunya kat anak..


Ari ni nak balik kampung.. sapa2 nak pesan bantal kabu bleh la..
dah la lincah semacam je anak aku ni..
sunyi sepi bila di takdak..

.......

05 August 2009

Softskills : BAHASA TUBUH - Siri 1

Dalam kehidupan seharian, samada sedar mahupun tidak, kita melakukan jutaan pergerakan tubuh, riak wajar, lenggok badan, susunan langkah berjalan dan sebagainya...

Hasil pemerhatian selama hampir 10 tahun ini daripada pengalaman mengajar tuisyen, guru ganti dan yang terkini sebagai pensyarah politeknik.. kita dihidangkan dengan ribuan individu untuk dijadikan subjek pemerhatian..

Mungkin, kita juga kerap melakukan bahasa badan sebegini secara tidak sedar.. dan mungkin juga sudah menjadi habit (positif/negatif)

Dalam ruangan Bahasa Tubuh ini.. saya cuba bahagikan kepada beberapa edisi bagi memudahkan proses kemaskini..

Artikel ini juga ditujukan khusus kepada bekas Fasilitator yang pernah menyertai Mystery Mind Fan Club..
--------------------

BAHASA TUBUH - Edisi 1

--> JENIS KETAWA / GELAK <--




Ketawa Kaw-Kaw

ada ketika mata boleh berair) - terlalu menggelikan hati..
selalu kita dapat lihat di kedai-kedai kopi..
individu sebegini lazimnya gelak tak ingat dunia.. yang paling teruk, mungkin boleh terjatuh daripada kerusi.. atau tertelan lalat yang sesat coz mulut ngannga luas sangat..


Ketawa Berlakon

ketawa untuk jaga hati kawan / lawak bodoh
gelak untuk menghina pada sesuatu perbuatan kurang cerdik..


Ketawa Cover Perasaan

gelak sebagai mask (topeng) untuk menyembunyikan perasaan atau emosi sebenar.
Cth : sedih, kecewa, frust.. "I'm OK.. Aku Happy Go Lucky .."
betulke hepi ?
hasil menjadi kaunselor tak bertauliah selama ni, saya dapati ramai individu yang mengaku atau lebih tepat sengaja menghighlightkan dirinya sebagai Happy Go Lucky lazimnya seorang yang kerapkali menangis sorang-sorang, pemendam perasaan, sukar untuk menzahirkan marah yang terbuku.. menyimpan kisah silam yang melukakan (nighmare).. dll..


Gelak Sinis

gelak sebegini lazimnya terzahir daripada perasaan bongkak dan bersifat menghina atau memperleceh/ merendah-rendahkan seseorang.. eleh...
Cth : gelak Sarip Dol (sambil memintalkan misainya) dalam cerita ibu mertuaku..
Cth : gelak ... heh.. heh.. (bukan hehe..hehe..!!)


Gelak Tanpa Buka Mulut + Geleng Kepala

gelak bagi kategori terlalu lucu, cuma individu sebegini masih cuba mengekalkan kemachoan nya.. pipi akan sedikit mengembang..
sometimes.. gelak sebegini tercetus apabila tiba-tiba kita terkenangkan perkara lucu / menggelikan hati.. (kenangan manis.. kisah terkantoi.. whatever la, yang penting lucu..)


Gelak Manja Mengkikik..

gelak + senyuman + bunyi (hi..hi.. / kik.. kik..)+ menutup mulut menggunakan tapak tangan...
gelak sebegini lazimnya diamalkan oleh anak dara yang cuba mengekalkan keayuan dan kesopanannya


Gelak Takabbur

juga boleh dikenali sebagai gelak King Kong..
gelak sambil menepuk-nepuk dada... (Wuahaaha...) Akulah raja.. Akulah ketua samseng..