15 April 2010

Isu Kosmetik Ada Alkohol ?

Fatwa: Penjelasan Halal dan Haram Alkohol
Fatwa Majma' Al-Fiqh

Soalan:

Bolehkah dijelaskan atau diterangkan bagi makluman dan pengetahuan saya keputusan majlis fatwa kebangsaan mengenai alkohol?


Jawapan:

Saya perturunkan dibawah ini keputusan majlis fatwa kebangsaan mengenai alkohol pada 11 & 12 april 1984.

1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol, bukan semua alkohol itu dari arak, alkohol dari proses perbuatan arak hukumnya haram dan najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses perbuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samaada mengandungi sedikit alkohol, atau alkoholnya disulingkan adalah haram meminumnya.
3. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
4. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses perbuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
5. Ubatan, dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.


Negara asal : Malaysia
Negeri : Melaka
Badan yang mengisu fatwa : Pejabat Mufti Negeri Melaka

Tarikh Diisu : 1989

Popular Posts