25 October 2011

Loghat Utara

SESI PEMBELAJARAN BAHASA [LOGHAT] UTARA...

*mai belajaq bahasa UTARA~ *sapa hat mlut tergeliat tu~ 1.Qhe-ngau = cakar 2. Se-qheyat = reda/ surut .3. Hambat = kejar 4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati 5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa 6. Ligan = kejar 7. Cemuih = bosan/jemu 8. Tokak = gigit besar 9. Gey-qhek = basikal 10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil) 11. Belemoih = comot/ kotor 12. Tetomoih = tersungkor 13. Ku-tey = cubit 14. Tak dan = tak sempat 15 Hebiaq = celupar 16. Maneh melecaih = tersangat manis 17. Lencun = basah 18. Lokoih = basah kuyup 19. Kawaq = pencuri 20. Kanyaq = mentah (berhingus) 21. Ketegaq = degil 22. He-qhot petot = senget benget 23. Me-qhela = gatal 24. Log laq = cemekap/ cuai 25. Hawing = pusing 26. Punggai = baling/ lempar 27. Tengalong = tuju/ baling 28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah 29. Ayaq achaq = air longkang 30 . Ha-qhin = hancing 31. Kelepiaq = melibas 32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes 33. Hemoi = "muka tak malu" 34. Me-qhe-nyeh = menggatal 35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau 36. Hapak pera'e = bau hapak 37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau" 38. Celuih = muat 39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau 40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam 41. Qhem-pang = "tergedik-gedik" 42. Kampoi = kumpul/ kaut 43. Je-qhang = rebus 44. Capoi = celupar 45. Te-qhe-bey = lastik 46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor 47. Me-qho-not = membongkok 48. Sene-qheh = selisih 49. Be-qha-chaq = comot/ kotor 50. Qhembang = gemuk / merembang 51. Pedo = hati-hati 52. Peqhusah = urus 53. Hapuih = tenggelam (lemas) 54. Qhan-dok = redah 55. Se-ghoh = kebah/ kurus 56. Qhen-jong = tinggi lampai 57. Pe-qho-ngoih = panas baran 58. Takek = ketuk/potong 59 Be-qhemba = bersaing/ lumba 60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir 61. Ge-qhet = gigit 62. Tahaq = tahan 63. Qha-gaih = panjat 64. Melewaq = merayau 65. Melahaq = kebulur 66. Qha-bat. = naik/panjat 67. Qhim-bok = belasah 68. Mengkelai = berkelahi 69. Cuak = seram / tak sedap hati 70. Juih = mulut muncung 71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan 72. Qhodong = melulu 73. Qhedah = redah 74. Ayaq seqhebat = air sirap 75. Peqhasat = sangat dengki 76. Mandom = lembap / lambat 77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda ) 78. Tepok = lumpuh / tampar 79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca ) 80. Kok-ko = dukung 81. Mai = mari 82. Terple'ot = terseliuh 83. Gomoi = bergaduh/ bergusti 84. Ketit = cubit / kena gigit serangga 85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan 86. Nala = tersangat / besar 87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok 88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai 89. Pediah = habuan 90. Polok = makan penuh mulut 91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi 92. Qhe-ling = jeling 93. Peng-kaq = kaki tempang 94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut ) 95. Kesot = alih mengesot 96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil 97. Cempong = angkat/ dukung 98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi 99. Conek = ekor 100. Depa = mereka 101. Qha-let = leka/cuai 102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free 103. Bakup = mata layu / mata bengkak 104. Katok = ketuk/pukul 105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai 106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah! 107. Ikan ka-qhen. = ikan laga 108. Bijik qhe-mia = warna keunguan 109. Ikan temenung = ikan kembong 110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet 111. Ketuat = kutil 112. Mengacom = mengadu 113. Mengkelan = tersangkut makanan 114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar 115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas 116. Mot = bawak/ muat / bonceng 117. En-jos = exzos 118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock 119. Pre-went = sprocket/ freewheel 120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis 121. To-qheh = turis/ calar 122. Tungging buyung = "somersault" 123. Ponen = pondan/lembut, waria 124. Kesot = Injak / mengesot 125. Qhamaih = Ramas 126. Boroi = Berperut buncit 127. Kedeqhat = Kudrat 128. Biaq = Biar 129. Qhabat = Panjat 130. Ragaih = Panjat 131. Ghamei = Suka/gembira 132. Terebey = Lastik 133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri 134. Belengaih = Kotor 135. Contiang = Lukis 136. Mengkala = Kalau / seandainya 137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut 138. Celapak = Terkam / lompat 139. Se-gheyau = Takut- takut 140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak 141. Melahaq = Lapar /Makan 142. Hampa = Mereka / kamu / awak 143. Depa = Mereka 144. Merenyam = Gatal (playgirl) 145. Tak dan = Tak sempat 146. Nyeh = Buang hingus 147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing ) 148. Singkiaq = Singkir 149. Keleboq = Selut hitam

20 October 2011

Trend Tudung vs Pesanan Rasulullah

Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?

Ramai suka memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan menutup aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

dan

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Penangan Telur Rebus

Alkisah ada satu cerita ni...

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...

PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:habih :.

Cucu Milennium vs Tokwan

LAWAK MASYARAKAT~~~
atok : cu ko phm bhasa org puteh?
cucu : bleh la tok,nape?
atok : ce ko tgok borang ni! tlg isikan skali blh?
cucu : ok dude,,,,,ur name plzzz?
... atok : LEBAI PADU B HJ MENGENDAP.
cucu : age plzz?
atok : 62 tahun
cucu : sex tok?
atok : amboi2, takan sume nak tau.
cucu : yes,,, ini wajib tok
atok : ko bubuh je la 2-3 kali smggu, kdg2 tu penuh semggu. tgok mood la
cucu : ( >__< )

[Credit to : Fatin Radhi]

3 Permintaan

Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor
ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara,
"Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga
permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan
akan mendapat 10 kali ganda.

Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.

Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.

Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu. Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.

Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.

Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.

"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.

"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati... hehehehe

Ketua Kampung vs Toilet

Seorang ketua kampung yg bernama Haji Saadon mempengerusikan satu mesyuarat di balai raya. Ramai penduduk yg datang utk mengikuti mesyuarat tahunan itu. Ketua kampung mencadangkan satu sesi lawatan ke Kuala Lumpur akan diadakan kerana majoriti penduduk kampung tersebut belum pernah menjejakkan kaki di sana. Maklumlah.. KL tu jauh. naik bas 8 jam baru sampai..

Dipendekkan cerita.. rombongan penduduk kampung yg diketuai ketua kampung si Hj Saadon pun sampai di KL. diorang terus check in di sebuah hotel terkemuka di tengah ibukota. 5 bintang tu.. Salah seorang dari penduduk kampung tersebut amat gembira kerana inilah kali pertama dia lepak kat hotel. Kadir namanya. Kadir hepi yg amat sangat.

"kalau aku tau macam ni punya best lepak kat hotel, sebelum bapak aku kawin lagi aku dah mintak keje kat KL" bisik Kadir dalam hati.

"Wah.. ade kolam!" Kadir terkejut melihat tab mandi. dia terus bukak paip. Malangnya paip air panas yang dibuka.

"Arrgghhhh!!! Sape pulak masak air dalam jamban ni weiii???" Kadir merungut..

"Ah sudah. nak berak camana ni?" Kadir pening. dalam bilik hotel tu takde tandas cangkung. suma tandas duduk.

"Ahh.. tak kira la.. ape nak jadi pun jadi la"

Kadir memanjat mangkuk tandas tersebut dan mencangkung di atasnya.. Tiba-tiba..
Ceplup!!!!

Kadir terlentang. Sebelah kakinya masih berada dalam mangkuk tandas.. sementara kepalanya berada di lantai. Kadir bengang!!

Keesokan harinya, ketua kampung mengarahkan semua ahli rombongan berkumpul di lobi hotel. setelah semua ahli rombongan berkumpul, Kadir terus berjumpa ketua kampung si haji Saadon utk mengadu hal kesusahan utk membuang air di hotel tersebut.

"Haji! hotel ni dah lawa dah. tapi nak berak susah" Kadir mengadu tanpa segan silu

"Susah? ape yg susah?" Haji Saadon keliru

"Memang susah nak berak. mangkuk tandas tinggi. semalam aku panjat. tak sempat berak aku terjelepuk kat lantai"

"Ye la.. saya pun sama" seorang penduduk kampung mencelah

"laa.. aku ingat aku sorg je" seorang lagi menambah. Semua ahli rombongan riuh rendah..
Haji Saadon ketawa besar!!

"HA! HA! HA! AMENDE LA KORANG NI. APESAL KORANG PANJAT? KALU NAIK ATAS MANGKUK TU MEMANG LA JATUH. LAIN KALI BUAT MACAM AKU BUAT. SENANG!!"

"Senang? camne haji?" Kadir tak sabar nak tau skilL ketua kampung kesayangannya.

"TIRU LA MACAM AKU..KORANG BERAK ATAS LANTAI, PASTU KAUT LETAK DALAM MANGKUK TANDAS TU. SENAAANGG!!!!"

ERRKKKKKK??????

Di sebalik Belaian Ibu Tersembunyi Kasih Ayah

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)

Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥

* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian

Salahkah kalau aku bertudung ?

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA

Kucing vs Budin

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah
dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...

[Credit to : Nurul Izza]
Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!

Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.

Yang Menyayangimu,

Usop Jendul

Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu Tu...!!

[Credit to : Izza DSK '08]

17 October 2011

Bagaimana untuk mengenali Bahasa Tubuh mereka yang sedang menipu ?

Antara soalan popular yg kerap ditanyakan melalui ruangan [Tanyalah Ustazhus], bagaimana nak tahu kalau pasangan kita sedang menipu ?

Di sini saya cuba kongsikan serba sedikit hasil pemerhatian sendiri dan disokong dengan kajian psikologi bahasa tubuh berkaitan PENIPU. Walau bagaimanapun, harus diingat, bahasa tubuh turut dipengaruhi oleh pembolehubah yang lain seperti cuaca sejuk, sakit perut dll... Ini sekadar tips.. semoga membantu..

............................
SESEORANG YANG SEDANG / TELAH MENIPU LAZIMNYA AKAN MELAKUKAN BEBERAPA AKSI BERIKUT..
-------------------------------------------------------------

Cover mulut / bibir dengan jari @ tangan

Lap bibir @ mulut

Buat isyarat “shh.. diam”

Batuk palsu (gatal tekak) (kononnya cover batuk yg keluar dari mulut)

Kerap telan air liur

Lap hidung

Garu hidung

Picit hidung guna 2 jari dan tarik

Ibu jari tenyeh hidung

Gosok sebelah mata tetapi pejamkan kedua-dua mata

Pandang ke arah lain

Wanita (gosok bawah mata) @ bahagian atas pipi

Tarik cuping telinga ke bawah

Gosok belakang telinga

Sebarang tindakan cuba cover lubang telinga

Gosok kawasan medula oblongata guna tangan lazim (tangan yang kerap digunakan)

Perbetulkan kolar baju

Gerak-gerakkan leher (goyang kepala kiri kanan)

Gigit kuku

Jari picit bibir / gigi

Mulut gigit sesuatu

Gigit bibir

Gulung bibir bawah ke dalam guna gigi

Pandang lurus ke kiri [guna MEMORI untuk cuba MENGINGAT KEMBALI]

Pandang lurus ke kanan [guna KAEDAH VISUAL untuk cuba reka cerita / menipu]

-------------------------

12 October 2011

HERE'S 99 FACTS ABOUT GUYS

** GIRLS PLEASE READ THIS **

HERE'S 99 FACTS ABOUT GUYS

1. Guys don’t actually look after good-looking girls. They prefer neat and presentable girls.

2. Guys hate flirts.

3. A guy can like you for a minute, and then forget you afterwards.

4. When a guy says he doesn’t understand you, it simply means you’re not thinking the way he is.

5. “Are you doing something?” or “Have you eaten already?” are the first usual questions a guy asks on the phone just to get out from stammering.

6. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.

7. When a guy really likes you, he’ll disregard all your bad characteristics.

8. Guys go crazy over a girl’s smile.

9. Guys will do anything just to get the girl’s attention.

10. Guys hate it when you talk about your ex-boyfriend.

11. When guys want to meet your parents. Let them.

12. Guys want to tell you many things but they can’t. And they sure have one habit to gain courage and spirit to tell you many things and it is drinking!

13. Guys cry!!!

14. Don’t provoke the guy to heat up. Believe me. He will.

15. Guys can never dream and hope too much.

16. Guys usually try hard to get the girl who has dumped them, and this makes it harder for them to accept their defeat.

17. When you touch a guy’s heart, there’s no turning back.

18. Giving a guy a hanging message like “You know what? Uh…never mind!” would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking.

19. Guys go crazy when girls touch their hands.

20. Guys are good flatterers when courting but they usually stammer when they talk to a girl they really like.

21. When a guy makes a prolonged “umm” or makes any excuses when you’re asking him to do you a favor, he’s actually saying that he doesn’t like you and he can’t lay down the card for you.

22. When a girl says “no”, a guy hears it as “try again tomorrow.”

23. You have to tell a guy what you really want before he gets the message clearly.

24. Guys hate nice boy!

25. Guys love their moms.

26. A guy would sacrifice his money for lunch just to get you a couple of roses.

27. A guy often thinks about the girl who likes him. But this doesn’t mean that the guy likes her.

28. You can never understand him unless you listen to him.

29. If a guy tells you he loves you once in a lifetime. He does.

30. Beware. Guys can make gossips scatter through half of the face of the earth faster than girls can.

31. Like Eve, girls are guys’ weaknesses.

32. Guys are very open about themselves.

33. Its good to test a guy first before you believe him. But don’t let him wait that long.

34. No guy is bad when he is courting

35. Guys hate it when their clothes get dirty. Even a small dot.

36. Guys really admire girls that they like even if they’re not that much pretty.

37. Your best friend, whom your boyfriend seeks help from about his problems with you may end up being admired by your boyfriend.

38. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don’t need to give advice.

39. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you.

40. A guy finds ways to keep you off from linking with someone else.

41. Guys love girls with brains more than girls in miniskirts.

42. Guys try to find the stuffed toy a girl wants but would unluckily get the wrong one.

43. Guys virtually brag about anything.

44. Guys cannot keep secrets that girls tell them.

45. Guys think too much.

46. Guys’ fantasies are unlimited.

47. Girls’ height doesn’t really matter to a guy but her weight does!

48. Guys tend to get serious with their relationship and become too possessive. So watch out girls!!!

49. When a girl makes the boy suffer during courtship, it would be hard for him to let go of that girl.

50. It’s not easy for a guy to let go of his girlfriend after they broke up especially when they’ve been together for 3 years or more.

51. You have to tell a guy what you really want before getting involved with that guy.

52. A guy has to experience rejection, because if he’s too-good-never-been-busted, never been in love and hurt, he won’t be matured and grow up.

53. When an unlikable circumstance comes, guys blame themselves a lot more than girls do. They could even hurt themselves physically.

54. Guys have strong passion to change but have weak will power.

55. Guys are tigers in their peer groups but become tamed pussycats with their girlfriends.

56. When a guy pretends to be calm, check if he’s sweating. You’ll probably see that he is nervous.

57. When a guy says he is going crazy about the girl. He really is.

58. When a guy asks you to leave him alone, he’s just actually saying, “Please come and listen to me”

59. Guys don’t really have final decisions.

60. When a guy loves you, bring out the best in him.

61. If a guy starts to talk seriously, listen to him.

62. If a guy has been kept shut or silent, say something.

63. Guys believe that there’s no such thing as love at first sight, but court the girls anyway and then realize at the end that he is wrong.

64. Guys like femininity not feebleness.

65. Guys don’t like girls who punch harder than they do.

66. A guy may instantly know if the girl likes him but can never be sure unless the girl tells him.

67. A guy would waste his time over video games and basketball, the way a girl would do over her romance novels and make-ups.

68. Guys love girls who can cook or bake.

69. Guys like girls who are like their moms. No kidding!

70. A guy has more problems than you can see with your naked eyes.

71. A guy’s friend knows everything about him. Use this to your advantage.

72. Don’t be a snob. Guys may easily give up on the first sign of rejection.

73. Don’t be biased. Try loving a guy without prejudice and you’ll be surprised.

74. Girls who bathe in their eau de perfumes do more repelling than attracting guys.

75. Guys are more talkative than girls are especially when the topic is about girls.

76. Guys don’t comprehend the statement “Get lost” too well.

77. Guys really think that girls are strange and have unpredictable decisions but still love them more.

78. When a guy gives a crooked or pretentious grin at your jokes, he finds them offending and he just tried to be polite.

79. Guys don’t care about how shiny their shoes are unlike girls.

80. Guys tend to generalize about girls but once they get to know them, they’ll realize they’re wrong.

81. Any guy can handle his problems all by his own. He’s just too stubborn to deal with it.

82. Guys find it so objectionable when a girl swears.

83. Guys’ weakest point is at the knee.

84. When a problem arises, a guy usually keeps himself cool but is already thinking of a way out.

85. When a guy is conscious of his looks, it shows he is not good at fixing things.

86. When a guy looks at you, either he’s amazed of you or he’s criticizing you.

87. When you catch him cheating on you and he asks for a second chance, give it to him. But when you catch him again and he asks for another chance, ignore him.

88. If a guy lets you go, he really loves you.

89. If you have a boyfriend, and your boy best friend always glances at you and it obviously shows that he is jealous whenever you’re with your boyfriend, all I can say is your boy best friend loves you more than your boyfriend does.

90. Guys learn from experience not from the romance books that girls read and take as their basis of experience.

91. You can tell if a guy is really hurt or in pain when he cries in front of you!

92. If a guy suddenly asks you for a date, ask him first why.

93. When a guy says he can’t sleep if he doesn’t hear your voice even just for one night, hang up. He also tells that to another girl. He only flatters you and sometimes makes fun of you.

94. You can truly say that a guy has good intentions if you see him praying sometimes.

95. Guys seek for advice not from a guy but from a girl.

96. Girls are allowed to touch boys’ things. Not their hair!

97. If a guy says you’re beautiful, that guy likes you.

98. Guys hate girls who overreact.

99. Guys love you more than you love them if they are serious in your relationships.

11 October 2011

TRUE or FAKE Friends ?

FAKE FRIENDS - NEVER ASK FOR FOOD.
REAL FRIENDS - ARE THE REASONS YOU HAVE NO FOOD.

FAKE FRIENDS - NEVER SEEN YOU CRY.
REAL FRIENDS - CRY WITH YOU.

FAKE FRIENDS - BORROW YOUR STUFF FOR A FEW DAYS THEN GIVE IT BACK.
REAL FRIENDS - KEEP YOUR STUFF SO LONG THEY FORGET ITS YOURS.

FAKE FRIENDS - KNOW A FEW THINGS ABOUT YOU.
REAL FRIENDS - COULD WRITE A BOOK ABOUT YOU WITH DIRECT QUOTES FROM YOU.

FAKE FRIENDS - WOULD KNOCK ON YOUR FRONT DOOR.
REAL FRIENDS - WALK RIGHT IN AND SAY "I'M HOME!"

FAKE FRIENDS - WILL HELP YOU UP WHEN YOU FALL OVER.
REAL FRIENDS - WILL JUMP ON TOP OF YOU AND SHOUT "PILE ON!"

FAKE FRIENDS - ARE FOR A WHILE.
REAL FRIENDS - ARE FOR LIFE.

FAKE FRIENDS - WILL READ THIS.
REAL FRIENDS - WILL STEAL THIS :D

DARJAT SEORANG ISTERI

DARJAT SEORANG ISTERI

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

Popular Posts