Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor
ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara,
"Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga
permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan
akan mendapat 10 kali ganda.
Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.
Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.
Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu. Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.
Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.
Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.
"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.
"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati... hehehehe
tatkala keyboard mula berbicara.. cicipan mouse bersahut-sahutan.. manusia mula berfikir.. mendambakan sesuatu dari hati yang luhur.. menulis sesuatu yang tidak bisa dilafazkan.. melakar baris kata tanpa suara.. mencerna bingkisan buat pedoman.. insan terbilang.. - ustazhus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Cara Wudhu Pesakit Yang Memerlukan Penyaluran Air Ke Dalam Tubuh Badan (Drip) Melalui Tangannya Soalan: Seorang pesakit yang menerima ra...
-
Ku dedikasikan di sini, secebis coretan yang digarap dan diharmonikan khusus buat menjentik minda, memotivasi jiwa, mengubat hati kec...
-
Ku dedikasikan di sini, secebis coretan yang digarap dan diharmonikan khusus buat menjentik minda, memotivasi jiwa, mengubat hati kec...
No comments:
Post a Comment