20 October 2011

Ketua Kampung vs Toilet

Seorang ketua kampung yg bernama Haji Saadon mempengerusikan satu mesyuarat di balai raya. Ramai penduduk yg datang utk mengikuti mesyuarat tahunan itu. Ketua kampung mencadangkan satu sesi lawatan ke Kuala Lumpur akan diadakan kerana majoriti penduduk kampung tersebut belum pernah menjejakkan kaki di sana. Maklumlah.. KL tu jauh. naik bas 8 jam baru sampai..

Dipendekkan cerita.. rombongan penduduk kampung yg diketuai ketua kampung si Hj Saadon pun sampai di KL. diorang terus check in di sebuah hotel terkemuka di tengah ibukota. 5 bintang tu.. Salah seorang dari penduduk kampung tersebut amat gembira kerana inilah kali pertama dia lepak kat hotel. Kadir namanya. Kadir hepi yg amat sangat.

"kalau aku tau macam ni punya best lepak kat hotel, sebelum bapak aku kawin lagi aku dah mintak keje kat KL" bisik Kadir dalam hati.

"Wah.. ade kolam!" Kadir terkejut melihat tab mandi. dia terus bukak paip. Malangnya paip air panas yang dibuka.

"Arrgghhhh!!! Sape pulak masak air dalam jamban ni weiii???" Kadir merungut..

"Ah sudah. nak berak camana ni?" Kadir pening. dalam bilik hotel tu takde tandas cangkung. suma tandas duduk.

"Ahh.. tak kira la.. ape nak jadi pun jadi la"

Kadir memanjat mangkuk tandas tersebut dan mencangkung di atasnya.. Tiba-tiba..
Ceplup!!!!

Kadir terlentang. Sebelah kakinya masih berada dalam mangkuk tandas.. sementara kepalanya berada di lantai. Kadir bengang!!

Keesokan harinya, ketua kampung mengarahkan semua ahli rombongan berkumpul di lobi hotel. setelah semua ahli rombongan berkumpul, Kadir terus berjumpa ketua kampung si haji Saadon utk mengadu hal kesusahan utk membuang air di hotel tersebut.

"Haji! hotel ni dah lawa dah. tapi nak berak susah" Kadir mengadu tanpa segan silu

"Susah? ape yg susah?" Haji Saadon keliru

"Memang susah nak berak. mangkuk tandas tinggi. semalam aku panjat. tak sempat berak aku terjelepuk kat lantai"

"Ye la.. saya pun sama" seorang penduduk kampung mencelah

"laa.. aku ingat aku sorg je" seorang lagi menambah. Semua ahli rombongan riuh rendah..
Haji Saadon ketawa besar!!

"HA! HA! HA! AMENDE LA KORANG NI. APESAL KORANG PANJAT? KALU NAIK ATAS MANGKUK TU MEMANG LA JATUH. LAIN KALI BUAT MACAM AKU BUAT. SENANG!!"

"Senang? camne haji?" Kadir tak sabar nak tau skilL ketua kampung kesayangannya.

"TIRU LA MACAM AKU..KORANG BERAK ATAS LANTAI, PASTU KAUT LETAK DALAM MANGKUK TANDAS TU. SENAAANGG!!!!"

ERRKKKKKK??????

No comments: