Showing posts with label PSIKOLOGI. Show all posts
Showing posts with label PSIKOLOGI. Show all posts

15 April 2013

KEKOSONGAN DALAM REDUPAN MATA @ MATA KACA..

SUDUT PSIKOLOGI : KEKOSONGAN DALAM REDUPAN MATA @ MATA KACA.. 1. Seseorang itu mungkin mengalami trauma sewaktu dalam fasa perkembangan.. [Erik Erickson] @ ketika kecil 2. Seseorang itu mungkin gagal menyempurnakan kemahiran kendiri mengikut peringkat usia yang sepatutnya [Jean Piaget] (lambat pickup berbanding rakan sebaya) 3. Seseorang itu mungkin.. gagal mengawal keseimbangan Id & Ego nya kerana faktor tertentu.. [Sigmund Freud] (lazimnya berpunca daripada faktor keluarga.. rasa terasing, kesunyian, rasa tidak dipeduli, rasa sering dibanding2 kan.. rasa terlalu berkuasa / indulgent) dll.. 4. Pemendaman.. Seseorang itu mungkin kerap memendam perasaan yang tak terluah [samada dalam konteks positif mahupun negatif], dan lazimnya.. kesan langsung daripada kekerapan memendam perasaan ini, adalah penghasilan satu sikap atau karekter baru yang kontra daripada kelaziman.. Cth: Seseorang yang pendiam.. tiba2 bertukar menjadi talkative.. Seseorang yang sopan santun.. bertukar menjadi brutal.. Seseorang yang terlalu menjaga hati org bertukar menjadi outspoken dan tidak peduli.. Seseorang yang tenang bertukar menjadi tidak stabil emosinya.. ....................

17 October 2011

Bagaimana untuk mengenali Bahasa Tubuh mereka yang sedang menipu ?

Antara soalan popular yg kerap ditanyakan melalui ruangan [Tanyalah Ustazhus], bagaimana nak tahu kalau pasangan kita sedang menipu ?

Di sini saya cuba kongsikan serba sedikit hasil pemerhatian sendiri dan disokong dengan kajian psikologi bahasa tubuh berkaitan PENIPU. Walau bagaimanapun, harus diingat, bahasa tubuh turut dipengaruhi oleh pembolehubah yang lain seperti cuaca sejuk, sakit perut dll... Ini sekadar tips.. semoga membantu..

............................
SESEORANG YANG SEDANG / TELAH MENIPU LAZIMNYA AKAN MELAKUKAN BEBERAPA AKSI BERIKUT..
-------------------------------------------------------------

Cover mulut / bibir dengan jari @ tangan

Lap bibir @ mulut

Buat isyarat “shh.. diam”

Batuk palsu (gatal tekak) (kononnya cover batuk yg keluar dari mulut)

Kerap telan air liur

Lap hidung

Garu hidung

Picit hidung guna 2 jari dan tarik

Ibu jari tenyeh hidung

Gosok sebelah mata tetapi pejamkan kedua-dua mata

Pandang ke arah lain

Wanita (gosok bawah mata) @ bahagian atas pipi

Tarik cuping telinga ke bawah

Gosok belakang telinga

Sebarang tindakan cuba cover lubang telinga

Gosok kawasan medula oblongata guna tangan lazim (tangan yang kerap digunakan)

Perbetulkan kolar baju

Gerak-gerakkan leher (goyang kepala kiri kanan)

Gigit kuku

Jari picit bibir / gigi

Mulut gigit sesuatu

Gigit bibir

Gulung bibir bawah ke dalam guna gigi

Pandang lurus ke kiri [guna MEMORI untuk cuba MENGINGAT KEMBALI]

Pandang lurus ke kanan [guna KAEDAH VISUAL untuk cuba reka cerita / menipu]

-------------------------

12 August 2010

HELAH BELA DIRI

HELAH BELA DIRI Merupakan proses psikologi bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ia juga boleh diibaratkan sebagai membohongi diri untuk berhadapan dengan realiti. Manusia menggunakan helah bela diri untuk melindungi dirinya apabila berada dalam keadaan terancam. Antara strategi yang digunakan untuk helah bela diri ialah: PENYANGKALAN Merupakan penafian atau penolakan tentang realiti. Sesuatu peristiwa yang traumatik yang tidak tertanggung oleh fikiran dan perasaan. Contohnya seseorang yang tidak dapat menerima berita kematian orang yang penting di dalam hidupnya. REAKSI FORMASI Mempertahankan diri dari satu ancaman dengan menunjukkan reaksi yang bertentangan. Contohnya seorang yang selalu makan rasuah sering bercakap tentang gejala rasuah. PENYALURAN Melepaskan desakan-desakan kepada sasaran lain yang lebih selamat. Contohnya kemahiran terhadap ketua jabatan di pejabat dilepaskan kepada anak-anaknya di rumah. RASIONALISASI Memberi alasan-alasan terhadap kegagalan. Contohnya, seorang murid yang gagal dalam peperiksaan menyalahkan gurunya yang sering tidak masuk kelas sedangkan dirinya sendiri tidak mampu menguasai pelajaran yang diajar oleh guru tersebut. REPRESI Menyingkirkan semua pemikiran dan perasaan yang mengancam dari alam sedar. Kebanyakan pengalaman yang menyakitkan pada 5 tahun pertama kehidupannya telah terpendam di alam bawah sedar. Contohnya rasa marah dan kebencian yang tidak boleh dijelaskan dan dinyatakan sebab-sebabnya. PROJEKSI Membalikkan desakan dan keinginan yang tidak dapat diterima oleh dirinya sendiri dengan cara meletakkan kesalahan kepada orang lain bukan pada diri sendiri. Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran maka orang lainlah yang menjadi puncanya walhal dialah yang memulakannya. SUBLIMASI Satu cara untuk melepaskan tenaga di khalayak ramai dengan cara yang dapat diterima. Contohnya, seseorang yang berjaya di dalam sesuatu bidang adalah disebabkan melarikan diri dari tenaga yang boleh memalukannya seperti agresif atau keinginan seksual yang keterlaluan. INTROJEKSI Mengambil ciri-ciri atau nilai orang lain menjadi dirinya. Contohnya, seorang yang sering meniru gaya seseorang yang terkenal dan akhirnya menjadi sebahagian dari dirinya. PAMPASAN Usaha untuk mengimbangkan sesuatu kelemahan dengan cara mencari pampasan atau kekuatan lain. Contohnya, seorang yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik mencari pekerjaan yang tidak memerlukan komunikasi yang banyak. REGRESI Sorot kembali kepada peringkat perkembangan yang lebih awal untuk rasa selamat. Contohnya, seorang dewasa yang menangis seperti kanak-kanak disebabkan ketakutan kehilangan sesuatu.

30 July 2010

Softskills : BAHASA TUBUH - Siri 2

Berikut adalah sebahagian daripada bahasa tubuh


MATA

Bola mata berair
-perasaannya bermain

Tidak berkelip
-dibuai bayangan lalu

Pandang lantai
-berfikir

Pandang dinding
-dibuai bayangan lalu

Kerap berkelip
-sedang sensitif

Pejam mata
-tahan emosi

Beliak mata
-marah

Kesat mata
-sebak

05 August 2009

Softskills : BAHASA TUBUH - Siri 1

Dalam kehidupan seharian, samada sedar mahupun tidak, kita melakukan jutaan pergerakan tubuh, riak wajar, lenggok badan, susunan langkah berjalan dan sebagainya...

Hasil pemerhatian selama hampir 10 tahun ini daripada pengalaman mengajar tuisyen, guru ganti dan yang terkini sebagai pensyarah politeknik.. kita dihidangkan dengan ribuan individu untuk dijadikan subjek pemerhatian..

Mungkin, kita juga kerap melakukan bahasa badan sebegini secara tidak sedar.. dan mungkin juga sudah menjadi habit (positif/negatif)

Dalam ruangan Bahasa Tubuh ini.. saya cuba bahagikan kepada beberapa edisi bagi memudahkan proses kemaskini..

Artikel ini juga ditujukan khusus kepada bekas Fasilitator yang pernah menyertai Mystery Mind Fan Club..
--------------------

BAHASA TUBUH - Edisi 1

--> JENIS KETAWA / GELAK <--




Ketawa Kaw-Kaw

ada ketika mata boleh berair) - terlalu menggelikan hati..
selalu kita dapat lihat di kedai-kedai kopi..
individu sebegini lazimnya gelak tak ingat dunia.. yang paling teruk, mungkin boleh terjatuh daripada kerusi.. atau tertelan lalat yang sesat coz mulut ngannga luas sangat..


Ketawa Berlakon

ketawa untuk jaga hati kawan / lawak bodoh
gelak untuk menghina pada sesuatu perbuatan kurang cerdik..


Ketawa Cover Perasaan

gelak sebagai mask (topeng) untuk menyembunyikan perasaan atau emosi sebenar.
Cth : sedih, kecewa, frust.. "I'm OK.. Aku Happy Go Lucky .."
betulke hepi ?
hasil menjadi kaunselor tak bertauliah selama ni, saya dapati ramai individu yang mengaku atau lebih tepat sengaja menghighlightkan dirinya sebagai Happy Go Lucky lazimnya seorang yang kerapkali menangis sorang-sorang, pemendam perasaan, sukar untuk menzahirkan marah yang terbuku.. menyimpan kisah silam yang melukakan (nighmare).. dll..


Gelak Sinis

gelak sebegini lazimnya terzahir daripada perasaan bongkak dan bersifat menghina atau memperleceh/ merendah-rendahkan seseorang.. eleh...
Cth : gelak Sarip Dol (sambil memintalkan misainya) dalam cerita ibu mertuaku..
Cth : gelak ... heh.. heh.. (bukan hehe..hehe..!!)


Gelak Tanpa Buka Mulut + Geleng Kepala

gelak bagi kategori terlalu lucu, cuma individu sebegini masih cuba mengekalkan kemachoan nya.. pipi akan sedikit mengembang..
sometimes.. gelak sebegini tercetus apabila tiba-tiba kita terkenangkan perkara lucu / menggelikan hati.. (kenangan manis.. kisah terkantoi.. whatever la, yang penting lucu..)


Gelak Manja Mengkikik..

gelak + senyuman + bunyi (hi..hi.. / kik.. kik..)+ menutup mulut menggunakan tapak tangan...
gelak sebegini lazimnya diamalkan oleh anak dara yang cuba mengekalkan keayuan dan kesopanannya


Gelak Takabbur

juga boleh dikenali sebagai gelak King Kong..
gelak sambil menepuk-nepuk dada... (Wuahaaha...) Akulah raja.. Akulah ketua samseng..