09 February 2011

HAPPY VALENTINE’S DAY !!

HAPPY VALENTINE’S DAY !!


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah BERCANGGAH DAN DILARANG OLEH ISLAM.

Adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh
orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan.
Apabila perayaan itu berunsurkan keagamaan, bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka.

KONSEP yang perlu difahami di sini, bukanlah soal bagaimanakah Hari Valentine’s ini disambut, tetapi... hakikat bahawa
sebarang aktiviti yang dilakukan bertemakan atau bersempena dengan [Hari Valentine’s @ Hari Kekasih]
(termasuk bacaan Doa Selamat ke... tahlil ke... Bacaan Yasin ke.. sempena Hari Kekasih..) adalah jelas HARAM !!!
>> apatah lagi aktiviti Clubbing, Overnite, Greeting.. Join Karnival Sempena Valentine’s.. dll.... lagi la HARAM...

[Hati-hati.. agar kita tidak turut serta menjayakan sambutan Hari Valentine’s ini melalui medium Facebook secara tidak langsung samada dengan tindakan.... posting, tagging, wishing, comments, linking.. inviting.. joining group.. supporting by anyway.. etc..]

Takrifan Valentine’s Day Menurut Wikipedia : [http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine%27s_day] memang jelas merujuk kepada hari memperingati kisah paderi kristian bernama Saint Valentino.. sila rujuk artikel tambahan untuk lebih jelas.


 Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid [versi Kristian].
~~ kalau nak rasa mati syahid (versi Kristian), boleh la sama-sama menjayakan sambutan untuk Valentino ini.. :]

 Nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama:-

a. St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania
b. St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois
c. St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania
d. St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich
e. St. Valentine Church di Buffalo, New York