11 February 2010

Aktiviti Riadah Keluarga..



pakatan anak beranak turut mengecat rumah.. :)



Alhamdulillah... hampir complete jugak usaha nak ngecat umah (kuarters) baru ni..
buktinya ?

08 February 2010

Senarai Body Language Koleksi Peribadi Ustazhus

Salam buat semua followers.. ilmu pengajian body language UMS..
ramai sangat request minta ust senaraikan semua body language yang selalu ust war-warkan..
harap semua berpuas hati..

Mengerutkan Dahi
Mata Bergenang Air
Mata Pejam Celik (lip lap)
Menjeling Tajam - pandangan sisi..
Menjengil Biji Mata..

Pandangan Kosong (blur) .. fikiran melayang..
Pandangan Menggoda / Manja Melirik..
Pandangan Tersirat.. “ada something”
Pandangan Seposen.. “muka kesian”

Kenyit Mata
Menggerakkan Mata Hitam “arrow sign”
Angkat Kening Sebelah / 2 belah..
Pipi Merah

Menguap Standard.. “buka mulut + cover dgn tangan”
Menguap tunduk ke bawah “roket”
Menguap Tak Buka Mulut
Menguap.. Sedut Oksigen..
Menguap.. Spray Jiran Sebelah
Menguap.. Menggapai langit..

.................... to be continued .....
Ada class le plak... 

05 February 2010

KEPUTUSAN PILIHANRAYA JPP 2010

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PILIHANRAYA JPP 2010

KERUSI MAJLIS TERTINGGI JPP

1. HUSMAN EZRAL BIN CHE HUSSIEN [2084 UNDI][61%]
2. RADEN AMERSYAH BIN SAAD [2074 UNDI][61%]
3. MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZIZ [1920 UNDI][56.5%]
4. TUAN ALIF AFZAN BIN TUAN ZULKIFLY [1851 UNDI][54.5]
5. WAN NUR SUHANA BT WAN YUSOFF [1275 UNDI][37.5%]
6. SERI INTAN NOORAINI BT ABD JALIL [1173 UNDI][34.5%]

** SEMUA PEMENANG KERUSI MT AKAN TERUS BERMSYUARAT UNTUK MEMENUHKAN KERUSI MT..
KHUSUSNYA PENENTUAN JAWATAN YANG DIPERTUA (YDP) **

SEMUA PEMENANG KERUSI BIRO AKAN MENGISI JAWATAN KETUA-KETUA BIRO MENGIKUT KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YDP YANG BARU DILANTIK.

05 January 2010

Info Kamsis - Tarikh Keputusan Pemilihan Kamsis

Salam...

X pasti kenapa.. ramai sgt call tanya ust pasal tarikh nak tau keputusan pemilihan kamsis..

Ust baru rujuk kepada Pengetua Kamsis.. (Ust Yasir)..

InsyaAllah.. kalau xde halangan, 08.01.2010 (Jumaat), keputusan tu boleh dilihat (online)..

apepun, kalau ada sebarang masalah.. sila hubungi nombor ni :
Pejabat Kamsis : 04-9886356 (Office Hour)

04 January 2010

Lagu Tema MSK

Kepada semua bekas FC dan bakal FC .. sebagai respon kepada permintaan anda, ust dah post lirik lagu kita... Studennnt......... POWEr !1

----------------------------------

LAGU TEMA MSK

Jasa Bonda

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di.. saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

28 December 2009

Ketelusan, Keikhlasan, Pemurah, Transparent, Tanpa Selindung ?

Di sini saya cuba bawakan beberapa koleksi yang sempat dikutip sambil2 jd bodyguard escort wife ke kedai kain last week..

Aduhai..

Makin hari, makin jelas, makin moden, makin telus..
Setakat ni.. rasa-rasanya pernah la terserempak dengan 3 orang student poli kita..
mak ai.. tranparent daripada buku lali sampai atas bahu.. punya la daring.. x payah pakai lining dah.. (kot2 la pakai lining kat dalam, boleh la gagah.. walaupun still x cukup syarat)..

anak bapak.. :(


jom kita pakat belek.. mana tau kot2.. kaum kerabat kita terjoin sekali dalam angkatan macam ni..







10 November 2009

Persoalan Fiqh Wanita : Haid dan Istihadah : A001

InsyaAllah.. dalam sesi comeback ini.. saya cuba memuatkan beberapa persoalan yang pernah diutarakan oleh para pelajar berkaitan Fiqh Wanita : Haid dan Istihadah.. Di samping itu, saya cuba mencedok dan mengepost beberapa artikel berkaitan daripada buku-buku / kitab fiqh yang bersesuaian.. untuk sama-sama kita berkongsi ilmu Ilahi.. Sekiranya ada sebarang percanggahan hujah, diharap dapat diperbetulkan dengan penuh hikmah..

Soalan 001 : Nyonya Mansor

Ustaz.. saya telah suci daripada period pada hari yang ke-7, namun pada hari yang ke-10 terdapat tanda-tanda yang seakan-seakan darah haid (warna perang).

Untuk makluman ustaz, pada hari yang ke-8 dan ke-9 saya telah mandi wajib dan seterusnya solat seperti biasa..

Soalan 1 : bagaimana status period saya ?
Soalan 2 : apakah status solat saya pada 2 hari (ke-8 & ke-9) ?


Jawapan :

Bagi menjawab soalan ini, kita perlu berbalik kepada standard asas tempoh period seseorang wanita.

Minimum : sehari semalam
Standard : 6-7 hari
Maksima : 15 hari, 15 malam

Dalam kes di atas, cuba kita lihat semula kronologi period Nyonya Mansor pada bulan tersebut :
7 hari period + 3 hari "suci" = 10 hari (belum cukup tempoh maksima period..)
Jadi, kesemua 10 hari tersebut dianggap sebagai masih period walaupun tiada darah yang keluar.

Solat pada hari ke-8 dan ke-9 tersebut tidak sah. Sekiranya Nyonya Mansor ada melakukan puasa Qadha (ganti) pada hari tersebut, puasa itu juga tidak sah dan perlu digantikan semula pada hari lain.

Wallahu A'lam..