12 July 2019

Silibus Ustazhus Management System - Pengurusan Sukarelawan Pelajar untuk Event

1. playboy..
Cth : bertegur sapa..

2. kasanova..
Cth : tegur then dapatkan maklumat..

3. Zatella..
Cth : konflik kepentingan..

4. Dominos..
Cth : fkir dulu sebelom nak buat sesuatu perkara..

5. 3 second..
Cth : berfikir secara pantas dlm masa yg singkat..

6. Serampang 5 mata..
Cth : membuat sesuatu perkara mestilah mempunyai tujuan..

7. Kaunselor mania..
Cth : teruja mendengar masalah orang lain..

8. Prediction mask..
Cth : menampilkan watak yg sesuai mengikut situasi..

9. Shaliya..
Cth : buat sesuatu perkara yang boleh mencemarkan nama sesebuah organisasi..

10. Shawani..
Cth : mengutamakan kepentingan peribadi daripada tugasan sendiri..

11. Sugar cane..
Cth : gunakan kata2 yang manis( gunakan bahasa yang paling sopan )

12. Metafora..
Cth : keupayaan menyampaikan kata2 yg memerlukan orang lain berfikir..

13. Split personality..
Cth : mampu mempelbagaikan ekspresi diri pada suatu masa..

14. Pendeta budiman..
Cth : dapat menilai seseorang melalui tulisan,gambar atau gaya bercakap..

15. MBO..
Cth : setiap perkara yang ingin dilakukan mestilah mempunyai objektif tersendiri..

16. Kitab pangkah..
Cth : mencatas kata2 seseorang.. menggunakan kata2 yg membuat seseorang terduduk.

STEP ASAS UNTUK ONE MAN SHOW DALAM PROGRAM MOTIVASI

Student Power
Ust Hensem

Dalam kiraan 10... ust nak...

Binakan kumpulan kecil..
Mengikut..
1. Huruf pertama nama anda
2. Bulan Kelahiran
3. Bilang adik beradik

Bina 2 kumpulan besar.. pegang tangan..
1. Terbalikkan bulatan tanpa putuskan tgn.. reverse.
2. Musang kejar ayam
3. Ayam kejar Musang

Dlm keadaan asingkan laki pompuan.

Buat 10 barisan yg seimbang depan ust.. Go !!
...
Granade... Up !
Mat Rempit beraksi.. belok kiri belok kanan, willy...
....
Bertukar ... Up !
....
Kapal terbang jepun.. belok..
......
Up !
......

UMS - SILENT SIGN

SILENT SIGN 2019

Perhatian : ..sediakan buku nota dan pen..sila salin nota/pembelajaran yg telah diberikan..

..Silent sign..

1. Tangan cross/ lalu bawah leher..
Last warning.. bersedialah untuk memberi  penjelasan diatas kesalahan.

2. Tangan sentuh telinga..
Ada sesuatu yg berlaku pd side telinga yg disentuh tersebut (cth pelajar sakit)..

3. Tangan sentuh hidung..
ada something yg special dlm perbualan ini. Sila join @ tumpang dengar..

4. Shut Up
Jari telunjuk pada mulut..
senyap @ beri perhatian..

5. Round Circle
jari telunjuk diputarkan
Sila berkumpul skrg..

6. Keep focus
dua jari mencucuk mata

7. Keep on eyes..
2 jari tunjuk mata dan ke arah objek..
Sila beri perhatian kpd apa yang sedang berlaku)..

8. Shoulder grab..
tarik bahu seseorang secara maya ke belakang untuk bincang sesuatu secara sulit.

9. Zigzag.. (Stop it right now !!)
tangan dihayunkn dibawah leher berulang kali (cth sdg berbual dlm telefon segera hentikan)..

10. Peace (2 jari), Peace KK
salam perkenalan team faci..

11. Nonsense
Tangan pegang dahi then lempar
menyampah..

12. Save me..
tangan usap dahi..
cth tlg selamatkan aku @ keadaan tidak terkawal
Lazimnya dgn menelefon saya..

13. Time bomb..
Please hurry up !!
Masa makin suntuk..

14. Politik clap..
jari telunjuk tepuk pipi
Sila tepuk tangan)..

15. Come Here
Tangan silang di dada dgn tunjukkan jari
Sila dtg ke sini... ikut jumlah bilangan jari, mengikut arah bahu yg ditunjuk.

16. Are you alright ?
Tunjukkan simbol ok kepada seseorang yg berada agak jauh..
Respon : ( OK @ KO )..

Boleh juga digantikan dgn kerdipan mata 2 kali ..
Double Click..

Respon : pejam mata sekali (ok)

Everythingyou ok ?



17. Take Foto
Jari berbentuk pistol cross di depan mulut.
Sesiapa tolong bangun dan ambil gambar Leader & VIP

18. What's Time
Tangan memegang pergelangan tgn bersebelahan.
Pukul berapa skrg ?

Tanda-Tanda Penyakit


Oleh : Tuan Hj. Ismail b. Hj. Ahmad Pengarah Urusan / Rektor KPJ Tarikh : Oktober 2008

1. Bahagian mata putih
a) Mata putih terdapat warna kekuningan , terdapat 3 tafsiran:
i- Jangkitan virus seperti hepatitis.
ii- Keracunan logam berat.
iii- Masalah batu hempedu

b) Mata putih berwarna kemerahan , terdapat 2 tafsiran:
i- Kekurangan air atau dehidrasi.
ii- Jangkitan kuman (interfeksi).

2. Bahagian mata hitam
a) Lingkaran putih di hujung iris ;
i- Menandakan kandungan kolestrol yang tinggi.
ii- Disebabkan oleh faktor pemakanan dan genetik. Elakkan makanan bergoreng.
iii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Vitex.

b) Lingkaran hitam di hujung iris ;
i- Menandakan kehadiran asid urik berlebihan.
ii- Rawatan paling sesuai adalah berbekam.
iii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Ardisia.

c) Lingkaran gelang iris ;
i- Menandakan mengalami gangguan tekanan perasaan.
ii- Rawatan yang dicadangkan adalah memperbetulkan tulang belakang.
iii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Spirulina.

d) Lingkaran biru di hujung iris ;
i- Menandakan terdapat masalah perjalanan darah.
ii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Malac.

3.Berdasarkan keadaan lidah: KEADAAN LIDAH, KEADAAN TUBUH
 - Licin, Sejuk
- Hujung lidah merah, Kolestrol
- Ketumbuhan, Panas
- Bergerigi, Panas 
- Pinggir berlekok, Panas

4. Berdasarkan warna lidah: WARNA, MASALAH ORGAN DALAMAN
- Merah, Jantung atau usus kecil
- Putih, Paru-paru atau usus besar 
- Hijau, Hati atau pundi hempedu 
- Kuning, Limpa atau perut 
- Hitam Ginjal atau pundi kencing

5.  Suhu tapak tangan
i- Tapak tangan panas tetapi kaki sejuk,ia menandakan masalah pada bahagian perut dan ke bawah.
ii- Tapak tangan panas dan kaki panas, ini menandakan masalah pada bahagian kepala.

6.  Kelembapan
i- Tapak tangan berpeluh, dikaitkan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif.
ii- Tapak tangan kering dan cengkung menandakan imuniti yang rendah dan mudah diserang penyakit.

7. Jari gemuk atau runcing
i- Jari gemuk di pangkal menandakan kandungan asid urik dalam darah.
ii- Jari runcing di hujung menandakan kencing manis.

8. Jari yang bengkok
i- Bengkok di jari kelingking menandakan masalah pada bahagian tulang.
ii- Bengkok di bahagian jari lain dikaitkan dengan maslah saraf.

9. Kuku bergelombang
i- Menandakan logam berat dalam badan.

10. Urat-urat biru yang timbul
i-Menandakan tekanan (stress)

11. Biru di perut tapak tangan
i-Menandakan masalah resdung

12. Tompok putih di tapak tangan
i- Dikaitkan dengan masalah angin dalam badan

13. (a) Denyutan nadi kuat
i- Menandakan darjah kepanasan yang tinggi.
ii- Panas di dalam ditandakan oleh tapak tangan sejuk, nafas berbau, badan berbau dan nafas yang kuat.
iii- Panas di luar ditandakan oleh tapak tangan yang panas.

b) Denyutan nadi lemah;
i- Menandakan kelemahan sistem tubuh. Ia berfaktor daripada cuaca, kuman, hormon, makanan, ketumbuhan, predaran darah, penyakit dan lain-lain.

c) Pendapat Ibnu Sina mengenai nadi;
i- Demam, kelajuan nadi menunjukkan tahap demam.
ii- Nadi bergegaji, berlaku bengkak di bahagian membran dan diafragma.
iii- Nadi berombak, bengkak pada paru-paru.

08 July 2019

TAJUK TUGASAN PEND ISLAM 2


Assalamualaikum wbkt.

Ust lampirkan dalam post kali ini, salinan soalan tugasan, projek dan pembentangan (Edisi Jun 2019)

--------------------------

PROJEK 1 [ CLO 2 : BAB 1 ] [ 25% ]
TAJUK PROJEK 1 PENDIDIKAN ISLAM 2 (BAB 1 : KONSEP NIKAH) – VIDEO

Pelajar dikehendaki menyediakan laporan (teks skrip lakonan dan nota berkaitan) & video yang mengandungi huraian topik yang diberikan.
  • Anda diminta untuk menghasilkan laporan yang mengandungi skrip drama pendek dan nota-nota berkaitan topik
  • Jumlah muka surat
  • o    Bahagian A : 10 m/s (tidak termasuk muka hadapan. Isi kandungan dll)
  • o    Bahagian B : 10 m/s (tidak termasuk muka hadapan. Isi kandungan dll)
  • Anda juga dikehendaki melakonkan drama pendek yang memaparkan aksi perbualan di antara beberapa watak (ahli kumpulan) berkaitan topik yang diberikan.
  • Penyampaian secara santai dalam lakonan namun masih terikat dengan tajuk.
  • Pelajar bebas untuk mewujudkan watak-watak / plot-plot yang bersesuaian.
  • Panjang video adalah tidak melebihi 10 minit.
  • Setiap watak perlu diberi peluang untuk terlibat secara seimbang dari segi peranan dan dialog.
Semua lakonan perlu divideokan dan dihantar kepada pensyarah dalam bentuk softcopy berformat 
[MP4] melalui Telegram @ diupload ke Google Drive seperti yang ditetapkan.


BAHAGIAN A (Video & Skrip 1)

1.                   Konsep perkahwinan dalam Islam.
a.       Perkara-perkara asas yang perlu diketahui tentang perkahwinan
b.       Merangkumi (maksud, hukum, rukun, syarat sah,  dll)
2.                   Kaedah perkahwinan dalam Islam.
a.       Perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh bakal pengantin
b.       Merangkumi (ciri-ciri pemilihan pasangan, pertunangan, mahar dll)

BAHAGIAN B (Video & Skrip 2)

1.                   Konsep pembubaran perkahwinan dalam Islam.
a.       Merangkumi isu nusyuz (contoh), 5 punca berlakunya nusyuz, cara tangani isteri nusyuz dll.
b.       Senaraikan kaedah pembubaran perkahwinan dalam Islam (talak, khuluk, fasakh dll)
2.                   Kaedah pembubaran perkahwinan dalam Islam.
a.       Mengupas maksud dan cara berlakunya Talak, Nusyuz, Fasakh, Ta’liq dll





PEMBENTANGAN [ CLO 3 : BAB 4 ] [ 40% ]
TAJUK PEMBENTANGAN (BAB 4 : IDDAH, RUJUK & HADHANAH)
Pelajar dikehendaki menyediakan teks pembentangan berbentuk point yang mengandungi tajuk yang diberikan dan seterusnya membentangkan teks tersebut.
·        Jumlah muka surat : Minima 10 m/s (tidak termasuk muka hadapan dll)

1.                   Konsep Iddah
a.       Tempoh Iddah bagi setiap jenis perceraian (raj’ie, bain)
b.       Hak isteri ketika iddah
2.                   Konsep Rujuk 
a.       Maksud dan lafaz-lafaz rujuk (soreh & kinayah)
b.       Rukun rujuk
3.                   Konsep Hadhanah
a.       Pengertian dan hukum Hadhanah
b.       Syarat-syarat untuk seseorang diberikan hak hadhanah
c.        Perkara-perkara yang boleh menyebabkan hilangnya hak hadhanah (sebab gugur hadhanah)
d.       Mengapakah ibu lebih diberi keutamaan untuk menerima hak hadhanah ?




TUGASAN 1 [ CLO 1 : BAB 2 ] [ 10% ]
TAJUK TUGASAN PENDIDIKAN ISLAM 2 (BAB 2 : TANGGUNGJAWAB)


Pelajar dikehendaki menyediakan folio yang mengandungi kupasan dan rujukan mengikut tajuk yang diberikan.
·        Muka hadapan, Isi Kandungan, Pendahuluan, [ Isi ] , Kesimpulan, Rujukan, Lampiran
·        Jumlah muka surat : Minima 10 m/s (tidak termasuk Muka Hadapan dll)
·        Minima 3 rujukan

1.                      Tanggungjawab suami, isteri dan tanggungjawab bersama dalam perkahwinan.
a.       3 tanggungjawab suami terhdap isteri
b.       3 tanggungjawab isteri terhadap suami
c.        3 tanggungjawab suami dan isteri terhadap rumahtangga
d.       3 tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak
e.       3 tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa

2.                      Kesan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga.
a.       2 kesan terhadap pasangan (khususnya isteri)
b.       2 kesan terhadap anak-anak

3.                      Kesan kerukunan rumahtangga (keluarga bahagia) terhadap pembangunan ummah.
a.       2 kesan kepada masyarakat setempat
b.      2 kesan kepada generasi muda (remaja)
c.       2 kesan kepada pembangunan negara