09 February 2011

HAPPY VALENTINE’S DAY !!

HAPPY VALENTINE’S DAY !!


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah BERCANGGAH DAN DILARANG OLEH ISLAM.

Adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh
orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan.
Apabila perayaan itu berunsurkan keagamaan, bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka.

KONSEP yang perlu difahami di sini, bukanlah soal bagaimanakah Hari Valentine’s ini disambut, tetapi... hakikat bahawa
sebarang aktiviti yang dilakukan bertemakan atau bersempena dengan [Hari Valentine’s @ Hari Kekasih]
(termasuk bacaan Doa Selamat ke... tahlil ke... Bacaan Yasin ke.. sempena Hari Kekasih..) adalah jelas HARAM !!!
>> apatah lagi aktiviti Clubbing, Overnite, Greeting.. Join Karnival Sempena Valentine’s.. dll.... lagi la HARAM...

[Hati-hati.. agar kita tidak turut serta menjayakan sambutan Hari Valentine’s ini melalui medium Facebook secara tidak langsung samada dengan tindakan.... posting, tagging, wishing, comments, linking.. inviting.. joining group.. supporting by anyway.. etc..]

Takrifan Valentine’s Day Menurut Wikipedia : [http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine%27s_day] memang jelas merujuk kepada hari memperingati kisah paderi kristian bernama Saint Valentino.. sila rujuk artikel tambahan untuk lebih jelas.


 Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid [versi Kristian].
~~ kalau nak rasa mati syahid (versi Kristian), boleh la sama-sama menjayakan sambutan untuk Valentino ini.. :]

 Nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama:-

a. St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania
b. St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois
c. St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania
d. St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich
e. St. Valentine Church di Buffalo, New York

19 August 2010

Islamic Review : Doa Pelindung

Di sini dibawakan salah satu doa pelindung yang boleh diamalkan khusus bagi mengelak musibah khususnya kejadian rogol atau cabul..


18 August 2010

ICT Review : Keyboard Shortcuts : [Control]

Dalam sesi ICT Review kali ni, ust cuba bawakan sebahagian shortcuts menggunakan keyboard QWERTY.. insyaAllah... secara peribadi, ia amat membantu dalam proses kita menggunakan aplikasi windows @ office khususnya Word..


A2001 : Hierarki Hadhanah @ Nafakah

Salam all.. ustazhus cuba sediakan carta hierarki individu yang layak menjaga anak yang belum mumayyiz selepas berlaku sesuatu perceraian..
Hopefully.. sedikit membantu kumpulan yang bakal / sedang present tajuk berkenaan..

15 August 2010

Presentation Pengurusan Jenazah A2001 : Pendidikan Islam 2

Berikut disenaraikan koleksi gambar aktiviti pembentangan tugasan Pengurusan Jenazah bagi Kursus A2001 : Pendidikan Islam 2, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Diharap dengan gambar-gambar ini, dapat memberi sedikit info kepada semua pelawat..